Khamis, 1 Disember 2011

Talam Keledek

        
     

      Mama sebenarnya sangat suka makan keledek. Tak kiralah dimasak dan diolah bagaimana, rasanya tetap menjadi pujaan. Mama teringat ketika mengandungkan anak sulung Khaulah Azwar dulu..waktu tu Mama bertugas di Ranau,Sabah. Mama mengajar di SMK Mat Salleh.Baba pula mengajar di SMKA Ranau, atau nama glamernya SEMEKAR. Kenangan indah juga keberadaan di Sabah selama lima tahun. Di sana terjalin ukhuwwah yang cukup erat antara guru2 sehingga seperti sebuah keluarga. Huluran kemesraan dari orang Sabah atau lebih spesifik lagi bila di Ranau ialah orang Dusun, seringkali memaut hati kami untuk terus menetap di sana. Anak2 didik yang tinggi sopannya, juga mengusik hati keletah mereka..semuanya menjadi nostalgia. Mama ingat lagi si Malik, anak murid Mama yang nakal di kelas 4 Sastera 5..nakalnya memang boleh tahan, kerap jugalah kena rotan..apatah lagi bila minta hafal PAFA tak lepas2. Tapi si Malik ni tak kisah, tetap senyum dan gelak2 bila Mama rotan tapak tangan. Mungkin Mama buat tak cukup kuat kot. Yang Mama tak boleh lupa ialah bila suatu hari, hari terakhir sebelum cuti panjang, si Malik jumpa Mama dan berkata:
 " Ustajah, cuti ni saya mahu masuk hutan..ustajah mau saya ambilkan rotan ?"  Terkejut Mama dengan soalan itu. Rasa macam tak percaya dengan si Malik ni sebab dia memang  kuat   bergurau. Tapi Mama jawablah juga.
" Mahu ambilkan rotan? Banyak ke rotan dalam hutan tu Malik? Yang besar2 ada?"
" Ustajah mahu yang besar lengan saya pun ada..hahaha.." Jawab Malik dengan deraian ketawanya.
"Ok, ok..carikan ustazah sebesar jari pun ok Malik..!" Jawab Mama sambil lalu. Setakat melayan gurauan si Malik. Bila cuti panjang berlalu, Mama pun kembali ke sekolah. Alangkah terkejutnya Mama pagi2 tu bila melihat seberkas rotan berbagai saiz ada atas meja. Mula2 terpinga2 juga, lama tu barulah teringat janji si Malik sebelum cuti hari tu. Ya Allah, rasa terharu sangat, nak menitik air mata pun ada. Luhurnya hatinya pada seorang guru, suci dan bersih tanpa terpalit langsung rasa marah. Dihadiahkan lagi rotan agar gurunya tidak jemu mendidik dan mengajar.. Mungkin suasana damai di kaki gunung Kinabalu banyak mempengaruhi sikap dan sakhsiah orang2 di sini, tidak sombong dan mudah menghulur bantuan.Sampai sekarang pun Mama mudah mesra bila jumpa orang Sabah..seronok berkawan dengan mereka..terpancar keikhlasan dalam berukhuwwah.

Melalut ke mana dah cerita Mama. Berbalik pada cerita keledek tadi, sebenarnya nak beritahu masa mengandungkan Khaulah, Mama mengidam nak makan ubi keledek rebus..Haaa, kelakarlah pulak..tapi taklah menyusahkan Baba sebab ubi keledek sangat mudah didapati di pasar2  di sini, dan harganya pula sangatlah murah. Nak makan keledek rebus hari2 pun dialu-alukan..

Ok, jadi untuk entri kali ini Mama nak cerita resepi kuih talam keledek. Mama ambil resepi ni dari blog adik doktor, Maryam al Batul di sini yang jadi surirumah sepenuh masa sekarang ni di Jordan sebab menunggu suami yang belum tamat belajar. Bakal doktor juga tu. Rajin betul Maryam memasak, isteri mithali ni. Syukran ya Maryam atas perkongsian. Akak suka betul kuih ni..sedap.
Resepi Talam Keledek


Bahan2nya:

Bahan A:
1 cawan keledek rebus
1 cawan air
2 sb madu
Pewarna

Bahan B
4 cawan susu cair / santan
2 cawan tepung gandum
4 sb tepung beras
4 sb tepung jagung
1 cawan gula

Bahan C
1/2 cawan air

Cara2:
  1. Blendkan bahan A.
  2. Gaulkan semua bahan B dalam bekas. Blendkan dan masukkan dlm bekas. Bahagikan 2, 1 bahagian masukkan dalam bahan A dan 1 bahagian lagi campurkan dengan bahan C
  3. Tambahkan pewarna pada bahan A, dan B tadi. Mama bubuh warna hijau pada bahan B.
  4. Kukuskan adunan dalam loyang selapis demi selapis sehingga selesai. Setiap lapisan lebih kurang  1 cawan  dikukus dalam 12 - 15 minit. Jika nak kukus dalam bekas kecil2 pun ok, selapis tu dalam 5 minit, kemudian tambah lapisan kedua dan kukus lagi 5 minit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan