Jumaat, 23 Disember 2011

Ayam Percik

Salam sayang salam ukhuwwah..
Pagi2 semalam  Baba beritahu ada sahabat lama nak datang rumah, dalam pukul 12 tengahari..Sahabat ni dulunya belajar di Jordan juga, satu batch dengan kami, cuma dia belajar di Jamiah Urduniyyah, Amman sedangkan Mama dan Baba di Jamiah Yarmouk, Irbid. Namun begitu, ukhuwwah tetap terjalin, dan sehingga kini masih berhubung. Cumanya dek kesibukan masing2, dah 14 tahun tak bersua muka. Nama sahabat ni us.Khazan, orang Terengganu..dan kabarnya dah 2 penggal menduduki kerusi DUN Batu Rakit..

Seronok menerima kunjungan sahabat lama, Us.Khazan dan isterinya Nik Aini, ditemani En.Nasir dan isterinya Kak Rosnani. Walaupun baru kenal dengan isteri mereka tapi macam dah lama bersahabat. Orangnya pun low profile dan peramah belaka. Acik Abidah pun sempat berkenalan dengan mereka.. Terima kasih banyaklah pada Us. Khazan yang susah payah membawakan buah tangan dr Malaysia. Terharu pulak rasanya..

Buah tangan dari Malaysia..alhamdulillah

Mama pun memikir2 nak masak apa untuk dihidangkan pada teman YB ni..segan juga rasanya.Maklumlah kita masak selalu main campak2 je, takdelah spesial2 macam orang..(macamlah kami ni bukan orang)..Fikir punya fikir, Mama decidelah nak buat ayam percik..sebelum ni pernahlah buat sekali sekala..nampak macam selera je ahli keluarga ni makan. Mama ambil resepi ni dari myresepi, oleh Yani. Untuk desertnya Mama buat Talam Permata Keledek.. boleh rujuk  resepinya dari blog Yatimemories...tapi kuih yang Mama buat ni agak keras sedikit toppingnya tu, mungkin kena kurangkan sikit tepung kot lain kali..cuma bahagian keledek di tengahnya tu memang Mama suka..terima kasih banyaklah pada tuan punya resepi yang sudi berkongsi ilmu yang bernilai nih..

Talam Permata Keledek
 Untuk resepi Ayam Percik, minta izin dari cik Yani untuk copy di sini..

Resepi Ayam Percik

Baru keluar oven..

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. Bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

  6. Selamat mencuba resepi yang ringkas dan sedap nih..!

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan