Rabu, 21 Disember 2011

Ayam Masak Halia

Hari esok kalau panjang umur, Mama nak cuba resepi baru, Ayam Masak Halia. Resepi ni Mama ambil dari blog Izah Muffin Lover, minta izin ye tuan tanah untuk copy resepinya di sini. Study dulu resepi, nampak simple dan sedap..selama ni asyik rotate menu yang sama je, Mama yang jadi tukang masaknya pun dah naik boring. Lagipun di Jordan ni santan agak mahal, so kena pelbagaikanlah resepi lauk yang free-santan..sekaligus mengurangkan timbunan kolestrol ahli keluarga Mama..

Khasiat Halia 

Halia ni dalam B.Arabnya ialah Zanjabeel.. dalam al-Quran perkataan ini ada disebutkan dalam surah al-Insan:

 {  ويسقون فيها كاسا كان مزاجها زنجبيلا }  -الإنسان : 17


Bermaksud : Lalu diberi minum mereka itu padanya (di syurga) dengan gelas yang dipenuhi jus halia.

Apa istimewanya halia sehingga ia terpilih menjadi salah satu minuman syurga ya? Tapi perlu diingat, air halia syurga takkan sama dengan yang kita pernah rasa di dunia ini..ia jauh lebih lazat dan istimewa kerana Allah janjikan keindahan syurga itu tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia. Berbalik kepada keajaiban halia, yang di dunia ni pun rupanya bermacam2 khasiatnya. Mama ingin kongsikan maklumat bermakna tentang khasiat halia ni sebagaimana yang ditulis di artikel ini, mengatakan:
  1. Halia sangat kaya dengan bahan sulfur yg penting untuk kesihatan perut, kornea mata, kuku dan rambut.
  2. Ia pernah digunakan sebagai ubat melawan wabak taun pada zaman Yunan dahulu.
  3. Boleh merawat bengkak usus, kembung perut dan cirit birit.
  4. Mengurangkan kahak berlebihan.
  5. Merawat sakit kepala.
  6. Merawat kerunsingan dan kemurungan.
  7. Merawat penyakit lembab otak dan lembam.
  8. Merawat masalah kolon.
  9. Melawaskan buang air kecil dan mengurangkan sakit senggugut.
  10. Merawat gatal2 dan bisa sengatan serangga.
  11. Membantu awet muda.
Begitu banyaknya khasiat halia..ni pun Mama ambil separuh je..patutlah dulu Mbah Wedhok (panggilan untuk nenek sebelah Mama) memang minum jus halia setiap hari, siap menggayakan kesedapannya lagi di hadapan kami anak2nya...lepas ni meh kita tambah halia banyak2 dalam masakan,(nak minum rasa tak boleh go lagi..) Rugi jika tidak direbut khasiatnya.

 AYAM MASAK HALIA
sumber: kak Yatie
Resepi: Chef Liza



Bahan- Bahan 
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih] 
3 s/b sos tiram ] 
1/2 cawan air ] bancuh 1 s/k tepung jagung ] 
1 s/k serbuk lada hitam 
1 pokok daun bawang [potong pendek] 
1 biji buah tomato [belah 4] 
1/2 btng carrot- ptng kecil 
minyak garam dan sedikit gula 

Bahan Hiris 
5 cm halia 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah - Yatie tambah ( Mama tak boh pun sebab takde..)

Sangat simple menu ni..tak sangka pula rasanya sedap..licin periuk..



Cara-Caranya :
 Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata. Hidangkan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan