Isnin, 26 Disember 2011

Bubur Sum Sum

Salam sayang salam ukhuwwah....
Hari ni 26 Dis..hari bersejarah rupanya bagi jiranku, Nor Abidah Karudin dan Us. Marzuqi. Hari ni hari ulangtahun perkahwinan yang ke-12.Tahniah buat pasangan berbahagia ini, lebih meriah lagi perkongsian hidup 12 tahun telah dikurniakan 4 orang cahayamata yang cumil2 belaka..terutamanya puteri bongsu Auni Balqis..semoga kebahagiaan berpanjangan..amin.

Hari ni Mama nak share satu jenis kuih orang jawa iaitu bubur sum sum. Kuih ni ada sedikit persamaan dengan kuih lompat tikam ..cuma beza pada warna aje..Bubur sum sum warna putih semata2, sementara lompat tikam berwarna putih dan hijau..dan adunan hijaunya tidak bersantan.Waktu dulu2 zaman kanak2 ini adalah kuih yang tak masuk pun list kegemaran Mama..cam pelik je bila makan bubur lemak2 masin dengan kuah manis..tapi tiba2 lepas dah jadi ibu ni jadi peminat setialah pulak..anak2 pun sangat suka kuih ni..tapi di Jordan ni takde bekalan gula merah..so Mama buat kuah guna gula hangus campur dengan sedikit dibs, iaitu madu kurma...rasanya boleh tahan juga...tiada gading tanduk bertuah pun berguna juga....

Masa Mama buat hari tu, Mama masuk dalam acuan comel2 yang ditaja khas oleh acik Abidah..lepas tu gatal2 bubuh warna hijau lapis bawahnya macam kuih lompat tikam..dapatlah melawa sikit bubur sum sumnya..

Resepi Bubur Sum Sum


Bahan2:

1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)

Cara2:
  1. Campurkan semua bahan2 tadi kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan  dengan api sederhana.
  2. Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan  tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
  3. Bila dah puas hati, tutup api. Mama ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas. Biarkan 2-3 minit..sambil tu kacau baki adunan agar tidak memekat.
  4. Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.
  5. Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.
Cara buat kuah gula merah ala Jordan:
1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan dibs (madu kurma)..kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.



Kalau diikutkan, kuih ni ada sejarahnya dinamakan demikian. Biasanya dalam masyarakat Jawa, kuih ni jadi hidangan rasmi bagi mengakhiri kerja2 kenduri kahwin. Bila semua tetamu dah beransur pulang, tinggallah saudara mara dan jiran2 terdekat bergotong royong membungkus berkat (nasi, lauk pauk dan kuih muih) untuk di bawa pulang sambil2 mengemaskan segala pinggan mangkuk periuk belanga. Sekumpulan penanggah yang lain akan bertugas menggodek bubur sum2. Bila masak, bubur ni akan dihidangkan panas2 pada semua penanggah yang ada...jadi sesudah tuan rumah buat ucapan penutup diikuti dengan doa selamat, para penanggah pun menikmati bubur sum sum masing2...agar segala kepenatan dan keletihan akan hilang dan diganti dengan kesegaran yang meresap ke tulang sum sum..gitulah hikayatnya lebih kurang..tapi jangan jadi khurafat sudahla..sebab logik sainsnya, gula kan memang memberi tenaga...itulah sebenarnya rahsia di sebalik kisah ni.

Selamat bersum sum..!

Jumaat, 23 Disember 2011

Ayam Percik

Salam sayang salam ukhuwwah..
Pagi2 semalam  Baba beritahu ada sahabat lama nak datang rumah, dalam pukul 12 tengahari..Sahabat ni dulunya belajar di Jordan juga, satu batch dengan kami, cuma dia belajar di Jamiah Urduniyyah, Amman sedangkan Mama dan Baba di Jamiah Yarmouk, Irbid. Namun begitu, ukhuwwah tetap terjalin, dan sehingga kini masih berhubung. Cumanya dek kesibukan masing2, dah 14 tahun tak bersua muka. Nama sahabat ni us.Khazan, orang Terengganu..dan kabarnya dah 2 penggal menduduki kerusi DUN Batu Rakit..

Seronok menerima kunjungan sahabat lama, Us.Khazan dan isterinya Nik Aini, ditemani En.Nasir dan isterinya Kak Rosnani. Walaupun baru kenal dengan isteri mereka tapi macam dah lama bersahabat. Orangnya pun low profile dan peramah belaka. Acik Abidah pun sempat berkenalan dengan mereka.. Terima kasih banyaklah pada Us. Khazan yang susah payah membawakan buah tangan dr Malaysia. Terharu pulak rasanya..

Buah tangan dari Malaysia..alhamdulillah

Mama pun memikir2 nak masak apa untuk dihidangkan pada teman YB ni..segan juga rasanya.Maklumlah kita masak selalu main campak2 je, takdelah spesial2 macam orang..(macamlah kami ni bukan orang)..Fikir punya fikir, Mama decidelah nak buat ayam percik..sebelum ni pernahlah buat sekali sekala..nampak macam selera je ahli keluarga ni makan. Mama ambil resepi ni dari myresepi, oleh Yani. Untuk desertnya Mama buat Talam Permata Keledek.. boleh rujuk  resepinya dari blog Yatimemories...tapi kuih yang Mama buat ni agak keras sedikit toppingnya tu, mungkin kena kurangkan sikit tepung kot lain kali..cuma bahagian keledek di tengahnya tu memang Mama suka..terima kasih banyaklah pada tuan punya resepi yang sudi berkongsi ilmu yang bernilai nih..

Talam Permata Keledek
 Untuk resepi Ayam Percik, minta izin dari cik Yani untuk copy di sini..

Resepi Ayam Percik

Baru keluar oven..

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. Bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

  6. Selamat mencuba resepi yang ringkas dan sedap nih..!

    Rabu, 21 Disember 2011

    Ayam Masak Halia

    Hari esok kalau panjang umur, Mama nak cuba resepi baru, Ayam Masak Halia. Resepi ni Mama ambil dari blog Izah Muffin Lover, minta izin ye tuan tanah untuk copy resepinya di sini. Study dulu resepi, nampak simple dan sedap..selama ni asyik rotate menu yang sama je, Mama yang jadi tukang masaknya pun dah naik boring. Lagipun di Jordan ni santan agak mahal, so kena pelbagaikanlah resepi lauk yang free-santan..sekaligus mengurangkan timbunan kolestrol ahli keluarga Mama..

    Khasiat Halia 

    Halia ni dalam B.Arabnya ialah Zanjabeel.. dalam al-Quran perkataan ini ada disebutkan dalam surah al-Insan:

     {  ويسقون فيها كاسا كان مزاجها زنجبيلا }  -الإنسان : 17


    Bermaksud : Lalu diberi minum mereka itu padanya (di syurga) dengan gelas yang dipenuhi jus halia.

    Apa istimewanya halia sehingga ia terpilih menjadi salah satu minuman syurga ya? Tapi perlu diingat, air halia syurga takkan sama dengan yang kita pernah rasa di dunia ini..ia jauh lebih lazat dan istimewa kerana Allah janjikan keindahan syurga itu tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia. Berbalik kepada keajaiban halia, yang di dunia ni pun rupanya bermacam2 khasiatnya. Mama ingin kongsikan maklumat bermakna tentang khasiat halia ni sebagaimana yang ditulis di artikel ini, mengatakan:
    1. Halia sangat kaya dengan bahan sulfur yg penting untuk kesihatan perut, kornea mata, kuku dan rambut.
    2. Ia pernah digunakan sebagai ubat melawan wabak taun pada zaman Yunan dahulu.
    3. Boleh merawat bengkak usus, kembung perut dan cirit birit.
    4. Mengurangkan kahak berlebihan.
    5. Merawat sakit kepala.
    6. Merawat kerunsingan dan kemurungan.
    7. Merawat penyakit lembab otak dan lembam.
    8. Merawat masalah kolon.
    9. Melawaskan buang air kecil dan mengurangkan sakit senggugut.
    10. Merawat gatal2 dan bisa sengatan serangga.
    11. Membantu awet muda.
    Begitu banyaknya khasiat halia..ni pun Mama ambil separuh je..patutlah dulu Mbah Wedhok (panggilan untuk nenek sebelah Mama) memang minum jus halia setiap hari, siap menggayakan kesedapannya lagi di hadapan kami anak2nya...lepas ni meh kita tambah halia banyak2 dalam masakan,(nak minum rasa tak boleh go lagi..) Rugi jika tidak direbut khasiatnya.

     AYAM MASAK HALIA
    sumber: kak Yatie
    Resepi: Chef Liza



    Bahan- Bahan 
    500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih] 
    3 s/b sos tiram ] 
    1/2 cawan air ] bancuh 1 s/k tepung jagung ] 
    1 s/k serbuk lada hitam 
    1 pokok daun bawang [potong pendek] 
    1 biji buah tomato [belah 4] 
    1/2 btng carrot- ptng kecil 
    minyak garam dan sedikit gula 

    Bahan Hiris 
    5 cm halia 
    3 ulas bawang merah 
    3 ulas bawang putih 
    3 tangkai cili merah
    4 tangkai cili padi merah - Yatie tambah ( Mama tak boh pun sebab takde..)

    Sangat simple menu ni..tak sangka pula rasanya sedap..licin periuk..



    Cara-Caranya :
     Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata. Hidangkan.

     

    Kursus Masakan Kelab Isteri Solehah Siri 1

    Sukarnya Istiqamah

    {إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ } - فصلت:30
    Maksudnya: "Sesungguhnya orang2 yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudia mereka istiqamah, maka turunlah kepada mereka para malaikat berkata: Janganlah kamu takut atau bersedih..bergembiralah dengan syurga yang kalian  dijanjikan  dengannya.."

    Salam rindu Seindah Mawaddah, rasa dah lama benorlah Mama tak mengupdate blog nih..nak kata sibuk, taklah sibuk sangat..hal2 biasa je yang beruanglingkup dalam rumah ni..rantaian tugas2 rutin yang tak berakhir..cuma tak timbul mood nak menulis menyebabkan blog ni sunyi sekejap..itulah yang dikatakan orang, nak memulakan sesuatu tu mudah, nak istiqamah tu yang sukar dan sukar...semoga Allah  beri kekuatan untuk Mama terus istiqamah nak mencapai matlamat amal jariah melalui blog..

    Kursus Masakan

    Sebenarnya pagi tadi Mama menghadiri kelas masakan tajaan Kelab Isteri Solehah Jordan Mantiqah Irbid..pagi2 lagi lepas anak2 ke sekolah dalam pukul 7.20, Mama pun sarapan lebih kurang, lalu terus mula masak tengahari..Pukul 8.30 kursus bermula, pakat dah dengan acik Abidah dan ibu2 yang lain nak gi sekali. Niat di hati biarlah dah siap masak sebelum pergi. Pukul 8.15 acik Izma telefon, cik Izma tak siap lagi.Mama pun tengak speed siang sayur nak tumis. Cik Su pun call kata tak siap lagi, nak gi lewat sikit..last2 dengan ijmaknya kami tangguhkan kursus lewat 25 minit..Kesian acik Maryam tuan rumah menunggu kami..inilah gayanya kalau ibu2 anak ramai nak pegi program..takpe2, yang penting program tetap berjalan.

    Kursus kali pertama ni kami belajar buat Blueberry Cheesecake dan Cinnamon Roll..wah, sedap bunyinya tu..cheffah (gelaran untuk chef wanita) pula Dr.Mariam al Batul, pembuat ciskek terkenal di Irbid..siap menerima tempahan lagi. Sayangnya peserta yang dapat hadir kali ini hanya 6 orang termasuk tuan rumah. Yang lain2 semuanya sibuk dengan kelas. Acik Jiha pula demam, Allahu yashfiiha. Semoga kursus akan datang kehadirannya akan lebih meriah lagi.

    Lalu bermulalah kursus kami sambil borak2 santai..seronok tengok dapur acik Maryam yang kemas dan tersusun..dalam kepala dok fikir2 macamana nak susun dapur Mama pulak..serabut perut je nengoknya..Dalam pukul satu tengahari ciskek dah siap, aromanya boleh tahan..cinnamon rollnya je menunggu untuk dibakar. Tapi oleh kerana masa dah lewat, Mama tak dapat tunggu sampai selesai, teringat anak2 Mama dah balik sekolah dan sayur tak masak lagi. Acik Abidah pun kena balik juga sebab ada hal penting..so kami pun balik dulu..terima kasih banyaklah pada cheffah kerana berkongsi dapur dan kepakaran..lepas ni mesti semua nak try buat sendiri terutamanya cik Su sebab zaujnya(*suami) suka sangat ciskek.

    Ok, di sini Mama kopipes aje resepi dari blog acik Maryam di sini, semoga jadi panduan kita nanti..

    Resepi Blueberry Cheesecake

    6 biji telur putih
    1 cawan gula
    (pukul jadi meringue)

    250ml whipping cream
    250g cream cheese
    (whip them up! and then add:)

    1 cawan tepung gandum (add soda bicarbonate and baking powder)
    1 sudu tepung jagung
    6 biji telur kuning
    sesudu jus lemon

    Gaul rata.
    Next, add the meringue to the cake batter. Gaul rata.

    Masukkan adunan kedalam loyang yang dialas dengan aluminium foil, bakar dalam oven, teknik water bath, 160 degree celcius for 1 hour 30 minutes.

    Lepas dah siap, refrigerate for 12 hours and then decorate with blueberry topping!


    Resepi Cinnamon Roll


    5 cups flour (all purpose)
    10g dried yeast
    1/2 cup sugar
    A pinch of salt
    2 large eggs
    50g butter
    1/2 cup cooking oil
    1 tsp vanilla extract
    1 cup milk (5 tablespoon of milk powder + 1 cup warm water. I didn't use all the milk actually, just nice to produce a soft dough)

    Mix all the ingredients and knead until the dough becomes stretchy! That simple haha. Let the dough rise until almost double. Then knead again.

    Then roll and stretch the dough until it become about 1/2 inch thick, rectangular in shape. Then brush melted butter on the upper surface, and sprinkle ground cinnamon.

    Roll the dough (like rolling a swiss roll). Then, cut the roll into approximately 1.5 inch wide. Arrange on a baking tray and let it rise in a warm place. Bake at 180 degree celcius, abut 20 minutes.

    Malangnya tak sempat snap gambar..so kena tunggu Mama punya hasil tangan baru boleh update gambar..Kami siap cabut undi sebelum balik tadi, kursus kedua akan berlangsung di bait acik Anis Athirah dengan menunya Ikan Bakar Special..

    Jumpa di sanaa..!

    Isnin, 5 Disember 2011

    Kelebihan Puasa Asyura.

    Salam Asyura buat semua muslimin dan muslimat..semoga kita sama2 memeriahkan hari ini dengan puasa sunat yang Allah janjikan pahala berganda bagi yang melakukannya. Pada hari Asyura ni juga kita biasanya menyediakan juadah bubur asyura, barangkali tradisi mengingati sejarah Nabi Nuh yang mendarat di bukit al-Judi setelah bah besar surut. Lalu segala jenis makanan yang berbaki di masak sekali menjadi seperti bubur untuk hidangan sekalian penghuni bahtera. Tapi yang Mama musykil, kenapa tradisi ini hanya ada pada masyarakat Melayu kita? Orang2 Arab sendiri tidak ada kepercayaan sedemikian..mungkin Mama akan cuba kaji selepas ini sejauhmana kebenaran mitos yang selalu kita dengar itu..insya Allah..


    Kelebihan puasa asyura

    Hari asyura adalah hari yang besar.Di dalam hadis ada menyebut bahawa Asyura adalah hari Allah.Pada hari tersebut banyak peristiwa yang berlaku. Antaranya ialah hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya. Pada hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Berpuasa pada hari Asyura dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w

    [صوم يوم عرفة يكفر سنتين ماضية و مستقبلة و صوم عاشوراء يكفر سنة ماضية ]

    رواه مسلم

    Bermaksud : Puasa di hari Arafah akan menghapuskan dosa dua tahun yang lepas dan yang akan datang, manakala puasa hari Asyura menghapuskan dosa setahun yang lepas. (riwayat Muslim )

    Walaupun begitu, hukum puasa Asyura adalah sunat dan tidak wajib sebagaimana hadis Nabi s.a.w:


      إن عاشوراء يوم من أيام الله فمن شاء صامه و من شاء تركه ] رواه مسلم ]
    Bermaksud : Hari Asyura adalah daripada hari Allah, maka sesiapa yang mahu maka berpuasalah dan sesiapa yang tidak mahu maka tinggalkanlah.( riwayat Muslim) Amalan berpuasa pada hari Asyura sebenarnya telah diamalkan oleh bangsa Yahudi ketika mula2 Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah. Melihat mereka berpuasa, Nabi bertanya apakah keistimewaan  hari tersebut yang menyebabkan mereka berpuasa. Lalu orang2 Yahudi itu memberitahu bahawa hari tersebut adalah sangat besar di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya, juga menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Nabi Musa berpuasa sebagai kesyukuran kepada Allah. Dan orang2 Yahudi berpuasa mengikut amalan Nabi Musa. Mendengar penjelasan itu, Rasulullah pun berkata : Kami lebih layak ke atas Nabi Musa daripada kamu. Setelah itu Nabi pun berpuasa dan menyuruh orang2 muslimin berpuasa. Cerita ini ada dikisahkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.

    Adakah dosa besar juga terhapus apabila berpuasa Asyura?



    Sebagai menjawab persoalan tersebut, mari kita menimbang maksud hadis yang menerangkan kedudukan  amalan solat fardhu dan puasa Ramadhan yang jauh lebih besar dari puasa Asyura seperti berikut:

     قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : [ الصلوات الخمس و الجمعة إلى الجمعة و رمضان إلى رمضان مكفرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر ] رواه مسلم والترمذي

    Maksudnya : Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan ke puasa Ramadhan  berikutnya adalah penghapus dosa antara tempoh keduanya selagi mana ia tidak melakukan dosa besar.

    Sheikh Islam Ibn Taimiyyah pula berkata: Penghapusan dosa melalui wudhu,solat, puasa Ramadhan , puasa Arafah dan puasa Asyura adalah untuk dosa2 kecil sahaja.Begitu juga ibadat haji memandangkan solat fardhu dan puasa Ramadhan lebih besar dan utama daripadanya.

    Imam Nawawi Rahimahullah pula berkata : Dihapuskan dosa apabila berpuasa Arafah setiap dosa2 kecil, dengan kata lain diampunkan segala dosanya melainkan dosa2 besar.  Adapun dosa besar maka ia perlu kepada taubat secara khusus.

    Hukum puasa Tasu'a (9 Muharram)

    Hukum berpuasa pada hari 9 Muharram adalah sunat. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:
                          لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع ] رواه مسلم ]Maksudnya : Jika aku masih hidup pada tahun hadapan,  aku akan berpuasa pada 9 Muharram. (riwayat Muslim)

    Al Hafiz Ibnul Qayyim dalam buku Tahzib Sunan Abi Daud meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud: Berpuasalah pada hari Asyura dan bezakanlah dari amalan Yahudi, berpuasalah sehari sebelum atau sehari selepasnya.

    Walaupun begitu, berpuasa pada hari Asyura semata2 tanpa berpuasa hari kesembilan atau kesebelas tidaklah menjadi kesalahan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Taimiyyah rahimahullah : Berpuasa pada hari Asyura menghapuskan dosa setahun dan tidak makruh kiranya berpuasa semata2 pada hari tersebut.

    Namun berpuasa hari kesembilan atau kesebelas itu adalah lebih afdhal supaya dapat membezakan ibadah Muslim dan Yahudi di samping mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
    Demikianlah serba sedikit perkongsian ilmu mengenai puasa Asyura yang Mama kupas dari beberapa rujukan.Mudah2an dapat menjadi panduan kepada kita bersama.

    Salam ukhuwwah dari Mama..!
                                                                  

    Khamis, 1 Disember 2011

    Talam Keledek

            
         

          Mama sebenarnya sangat suka makan keledek. Tak kiralah dimasak dan diolah bagaimana, rasanya tetap menjadi pujaan. Mama teringat ketika mengandungkan anak sulung Khaulah Azwar dulu..waktu tu Mama bertugas di Ranau,Sabah. Mama mengajar di SMK Mat Salleh.Baba pula mengajar di SMKA Ranau, atau nama glamernya SEMEKAR. Kenangan indah juga keberadaan di Sabah selama lima tahun. Di sana terjalin ukhuwwah yang cukup erat antara guru2 sehingga seperti sebuah keluarga. Huluran kemesraan dari orang Sabah atau lebih spesifik lagi bila di Ranau ialah orang Dusun, seringkali memaut hati kami untuk terus menetap di sana. Anak2 didik yang tinggi sopannya, juga mengusik hati keletah mereka..semuanya menjadi nostalgia. Mama ingat lagi si Malik, anak murid Mama yang nakal di kelas 4 Sastera 5..nakalnya memang boleh tahan, kerap jugalah kena rotan..apatah lagi bila minta hafal PAFA tak lepas2. Tapi si Malik ni tak kisah, tetap senyum dan gelak2 bila Mama rotan tapak tangan. Mungkin Mama buat tak cukup kuat kot. Yang Mama tak boleh lupa ialah bila suatu hari, hari terakhir sebelum cuti panjang, si Malik jumpa Mama dan berkata:
     " Ustajah, cuti ni saya mahu masuk hutan..ustajah mau saya ambilkan rotan ?"  Terkejut Mama dengan soalan itu. Rasa macam tak percaya dengan si Malik ni sebab dia memang  kuat   bergurau. Tapi Mama jawablah juga.
    " Mahu ambilkan rotan? Banyak ke rotan dalam hutan tu Malik? Yang besar2 ada?"
    " Ustajah mahu yang besar lengan saya pun ada..hahaha.." Jawab Malik dengan deraian ketawanya.
    "Ok, ok..carikan ustazah sebesar jari pun ok Malik..!" Jawab Mama sambil lalu. Setakat melayan gurauan si Malik. Bila cuti panjang berlalu, Mama pun kembali ke sekolah. Alangkah terkejutnya Mama pagi2 tu bila melihat seberkas rotan berbagai saiz ada atas meja. Mula2 terpinga2 juga, lama tu barulah teringat janji si Malik sebelum cuti hari tu. Ya Allah, rasa terharu sangat, nak menitik air mata pun ada. Luhurnya hatinya pada seorang guru, suci dan bersih tanpa terpalit langsung rasa marah. Dihadiahkan lagi rotan agar gurunya tidak jemu mendidik dan mengajar.. Mungkin suasana damai di kaki gunung Kinabalu banyak mempengaruhi sikap dan sakhsiah orang2 di sini, tidak sombong dan mudah menghulur bantuan.Sampai sekarang pun Mama mudah mesra bila jumpa orang Sabah..seronok berkawan dengan mereka..terpancar keikhlasan dalam berukhuwwah.

    Melalut ke mana dah cerita Mama. Berbalik pada cerita keledek tadi, sebenarnya nak beritahu masa mengandungkan Khaulah, Mama mengidam nak makan ubi keledek rebus..Haaa, kelakarlah pulak..tapi taklah menyusahkan Baba sebab ubi keledek sangat mudah didapati di pasar2  di sini, dan harganya pula sangatlah murah. Nak makan keledek rebus hari2 pun dialu-alukan..

    Ok, jadi untuk entri kali ini Mama nak cerita resepi kuih talam keledek. Mama ambil resepi ni dari blog adik doktor, Maryam al Batul di sini yang jadi surirumah sepenuh masa sekarang ni di Jordan sebab menunggu suami yang belum tamat belajar. Bakal doktor juga tu. Rajin betul Maryam memasak, isteri mithali ni. Syukran ya Maryam atas perkongsian. Akak suka betul kuih ni..sedap.
    Resepi Talam Keledek


    Bahan2nya:

    Bahan A:
    1 cawan keledek rebus
    1 cawan air
    2 sb madu
    Pewarna

    Bahan B
    4 cawan susu cair / santan
    2 cawan tepung gandum
    4 sb tepung beras
    4 sb tepung jagung
    1 cawan gula

    Bahan C
    1/2 cawan air

    Cara2:
    1. Blendkan bahan A.
    2. Gaulkan semua bahan B dalam bekas. Blendkan dan masukkan dlm bekas. Bahagikan 2, 1 bahagian masukkan dalam bahan A dan 1 bahagian lagi campurkan dengan bahan C
    3. Tambahkan pewarna pada bahan A, dan B tadi. Mama bubuh warna hijau pada bahan B.
    4. Kukuskan adunan dalam loyang selapis demi selapis sehingga selesai. Setiap lapisan lebih kurang  1 cawan  dikukus dalam 12 - 15 minit. Jika nak kukus dalam bekas kecil2 pun ok, selapis tu dalam 5 minit, kemudian tambah lapisan kedua dan kukus lagi 5 minit.


    Rabu, 30 November 2011

    Donut Coklat Pelangi


    Rasa sejuk kian mencengkam tulang di Irbid sekarang ini. Pakai baju dah 4 lapis pun masih rasa terketar2, apatah lagi ketika duduk menghadap komputer. Kaki kesejukan membawa ke seluruh tubuh. Masa2 begini, sedap meringkuk di bawah selimut tebal je..pastu tak lama terlelaplah mata. Tapi kalau diikutkan mata, memang banyak kerja yang tergendala..sebab tu perlu juga mujahadah melawan sejuk dan kantuk..kalau tidak, alamat kelaparanlah anak2 Mama balik dari madrasah..maklum sajelah, bila kesejukan, perut pun cepat terasa lapar, buka pintu saja sudah ribut bertanya masak apa hari ini..walaupun penat di dapur, Mama rasa puas melihat anak2 Mama dan Babanya selera menghadap hidangan, terasa meriahnya saat2 berkumpul begini..terfikir Mama bila anak2  dah besar2 semua, sudah ada kehidupan sendiri..pasti rumah kita akan sunyi dan tinggallah Mama dan Baba, berdua di meja makan.. itupun kalau ditakdirkan panjang umur. Pasti ketika itu Mama dan Baba akan merindui keriuhan anak2, tangis tawa dan  gurau senda yang tak pernah lekang di rumah ini, kecuali bila kalian semua sudah tidur..

    Semalam petang,  beria2 Nisreen minta Mama buat kuih donut coklat. Mentang2lah baru beli coklat bar dari Safeway beberapa hari lepas, tak sabar2 dia nak merasa keenakan donut coklat yang sering juga Mama buat ketika di Malaysia dulu. Punyalah Mama malas nak menguli, ditambah pula sejuk2 begini takut donut tak naik. Tapi bersungguhnya si Nisreen sampai sanggup dia nak uli sendiri tepung tu. Tengok pada tubuh kurus sekeping Nisreen tu macam tak larat je nak uli, tapi tak apa..belum cuba belum tahu..So Mama describe jelah resepi donat. Lalu mengulilah anak Mama ni dengan penuh perasan..bila Mama check hasilnya, wah! Boleh tahan juga..nampak mesra je adunan. Mama pun tinggalkan adunan dengan niat nak bangun awal esok pagi untuk bentukkan donat.

    Alhamdulillah, Allah kejutkan Mama awal pagi..Subuh ada sejam lagi. Mama pun pasang sobah dan mula menggentel donat.Sempatlah donat tu naik lagi sementara Mama solat Subuh. Dan sempatlah anak2 Mama bersarapan donat coklat pagi tadi..tabur pulak manik urai warna2. Tapi tak puas hati sikitlah dengan cooking coklat, agak keras dan kurang meleleh..tak macam coklat di Malaysia. Nak buat macamana, ahsan min balash..habis juga dinikmati kami sekeluarga..

    Mama perturunkan disini resepinya..

    Resepi Donut Coklat Pelangi



    Bahan A:
    300 ml air suam
    3 sudu makan susu tepung
    3 sudu makan gula
    1 sudu makan yis
    ( bancuhkan bahan A dan biarkan naik sebentar)

    Bahan B:
    4 cawan tepung gandum
    3 sudu margerin
    ( ramas2kan tepung dan margerin sehingga rata dan mesra)

    Cara2:
    1. Apabila bancuhan A dah naik sedikit, tuangkan ke dalam tepung dalam bekas  yang cukup besar untuk memudahkan menguli.
    2. Gaulkan dengan senduk dahulu. Bila dah bercampur, barulah mula menguli dengan tangan.
    3. Uli adunan sehingga betul2 mesra dan licin permukaannya. Biarkan naik 2x ganda.
    4. Potong adunan kepada bulatan kecil2 dan bentukkan menjadi gegelang.
    5. Biarkan naik dalam 15 minit, kemudian goreng dengan minyak banyak till masak.

    6. Angkat dan biar sejuk sedikit sebelum dicelupkan ke dalam coklat yang telah cair. Taburkan coklat rice dan manik gula berwarna2 di atasnya. Sedia untuk dimakan.