Isnin, 5 Disember 2011

Kelebihan Puasa Asyura.

Salam Asyura buat semua muslimin dan muslimat..semoga kita sama2 memeriahkan hari ini dengan puasa sunat yang Allah janjikan pahala berganda bagi yang melakukannya. Pada hari Asyura ni juga kita biasanya menyediakan juadah bubur asyura, barangkali tradisi mengingati sejarah Nabi Nuh yang mendarat di bukit al-Judi setelah bah besar surut. Lalu segala jenis makanan yang berbaki di masak sekali menjadi seperti bubur untuk hidangan sekalian penghuni bahtera. Tapi yang Mama musykil, kenapa tradisi ini hanya ada pada masyarakat Melayu kita? Orang2 Arab sendiri tidak ada kepercayaan sedemikian..mungkin Mama akan cuba kaji selepas ini sejauhmana kebenaran mitos yang selalu kita dengar itu..insya Allah..


Kelebihan puasa asyura

Hari asyura adalah hari yang besar.Di dalam hadis ada menyebut bahawa Asyura adalah hari Allah.Pada hari tersebut banyak peristiwa yang berlaku. Antaranya ialah hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya. Pada hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Berpuasa pada hari Asyura dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w

[صوم يوم عرفة يكفر سنتين ماضية و مستقبلة و صوم عاشوراء يكفر سنة ماضية ]

رواه مسلم

Bermaksud : Puasa di hari Arafah akan menghapuskan dosa dua tahun yang lepas dan yang akan datang, manakala puasa hari Asyura menghapuskan dosa setahun yang lepas. (riwayat Muslim )

Walaupun begitu, hukum puasa Asyura adalah sunat dan tidak wajib sebagaimana hadis Nabi s.a.w:


  إن عاشوراء يوم من أيام الله فمن شاء صامه و من شاء تركه ] رواه مسلم ]
Bermaksud : Hari Asyura adalah daripada hari Allah, maka sesiapa yang mahu maka berpuasalah dan sesiapa yang tidak mahu maka tinggalkanlah.( riwayat Muslim) Amalan berpuasa pada hari Asyura sebenarnya telah diamalkan oleh bangsa Yahudi ketika mula2 Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah. Melihat mereka berpuasa, Nabi bertanya apakah keistimewaan  hari tersebut yang menyebabkan mereka berpuasa. Lalu orang2 Yahudi itu memberitahu bahawa hari tersebut adalah sangat besar di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya, juga menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Nabi Musa berpuasa sebagai kesyukuran kepada Allah. Dan orang2 Yahudi berpuasa mengikut amalan Nabi Musa. Mendengar penjelasan itu, Rasulullah pun berkata : Kami lebih layak ke atas Nabi Musa daripada kamu. Setelah itu Nabi pun berpuasa dan menyuruh orang2 muslimin berpuasa. Cerita ini ada dikisahkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.

Adakah dosa besar juga terhapus apabila berpuasa Asyura?



Sebagai menjawab persoalan tersebut, mari kita menimbang maksud hadis yang menerangkan kedudukan  amalan solat fardhu dan puasa Ramadhan yang jauh lebih besar dari puasa Asyura seperti berikut:

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : [ الصلوات الخمس و الجمعة إلى الجمعة و رمضان إلى رمضان مكفرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر ] رواه مسلم والترمذي

Maksudnya : Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan ke puasa Ramadhan  berikutnya adalah penghapus dosa antara tempoh keduanya selagi mana ia tidak melakukan dosa besar.

Sheikh Islam Ibn Taimiyyah pula berkata: Penghapusan dosa melalui wudhu,solat, puasa Ramadhan , puasa Arafah dan puasa Asyura adalah untuk dosa2 kecil sahaja.Begitu juga ibadat haji memandangkan solat fardhu dan puasa Ramadhan lebih besar dan utama daripadanya.

Imam Nawawi Rahimahullah pula berkata : Dihapuskan dosa apabila berpuasa Arafah setiap dosa2 kecil, dengan kata lain diampunkan segala dosanya melainkan dosa2 besar.  Adapun dosa besar maka ia perlu kepada taubat secara khusus.

Hukum puasa Tasu'a (9 Muharram)

Hukum berpuasa pada hari 9 Muharram adalah sunat. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:
                      لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع ] رواه مسلم ]Maksudnya : Jika aku masih hidup pada tahun hadapan,  aku akan berpuasa pada 9 Muharram. (riwayat Muslim)

Al Hafiz Ibnul Qayyim dalam buku Tahzib Sunan Abi Daud meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud: Berpuasalah pada hari Asyura dan bezakanlah dari amalan Yahudi, berpuasalah sehari sebelum atau sehari selepasnya.

Walaupun begitu, berpuasa pada hari Asyura semata2 tanpa berpuasa hari kesembilan atau kesebelas tidaklah menjadi kesalahan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Taimiyyah rahimahullah : Berpuasa pada hari Asyura menghapuskan dosa setahun dan tidak makruh kiranya berpuasa semata2 pada hari tersebut.

Namun berpuasa hari kesembilan atau kesebelas itu adalah lebih afdhal supaya dapat membezakan ibadah Muslim dan Yahudi di samping mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Demikianlah serba sedikit perkongsian ilmu mengenai puasa Asyura yang Mama kupas dari beberapa rujukan.Mudah2an dapat menjadi panduan kepada kita bersama.

Salam ukhuwwah dari Mama..!
                                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan