Salam sayang salam sedingin salju dari bumi Jordan..
Semoga semuanya baik2 sahaja menjelang tahun baru 2012 ni...azam baru tahun ni nak berdiet, tapi hari pertama dah fail..azam lagi untuk dicuba esok hari..
Entri kali ni Mama nak kongsikan resepi Roti Burger Ros Jintanmanis yang Mama dah try agaknya dekat 10 kali..walaupun bahan2 di Jordan ni tak cukup, takde tepung roti atau hi-protein, takde bread softener, bread improver..tapi semangat nak meroti tu meluap2 bila bertandang ke blog2 masakan yang hebat2 tu..Azlita Masam Manis, Cik Mat Gebu, Yatie Sinar Kehidupanku, Dapur Maadiha, Hasue dan ramai lagi..nampak kejadian roti2 yang dipaparkan semua jelita2 dan menggiurkan...
Roti loaf.. |
Doh Roti Burger ni Mama pelbagaikan rupanya menjadi roti pelbagai rupa..dohnya sama je. Mama jadikan roti loaf, roti cheese, roti sosej, roti bun kaya, roti za'tar (oregano), garlic rolls dan tuna rolls..kandungan butternya pulak adakalanya Mama ganti dengan minyak zaitun...dan rasanya lebih lembut kot di samping mengambil keberkatannya..
Garlic rolls versi Mama.. |
Lalu bermulalah musim meroti di rumah Mama nih, buat satu adunan pasti tak cukup sebab pelanggan2 di rumah ni sedara mara piranha belaka..apatah lagi bila sejuk2 begini..perut pun asyik meminta2..biasanya memang Mama akan buat 2 adunan sekaligus dengan breadmaker tangan 10 jari nih..aduss..lengus juga memesrakan adunannya.. resepi ni Mama cedok dari blog Yatie Sinar Kehidupanku..minta izin Kak Yatie untuk kopipes resepinya di sini ye..
Resepi Roti Burger
Sumber : Yatie Sinar Kehidupanku
Resepi asal : Ros Jintanmanis
- 250 gram tepung high protein/ tepung roti
- 50 gram tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 besar tepung susu
- 1 ½ sudu teh yis
- 1 biji telur (kecil) - (tinggalkan sdkit utk gliss pd roti)
- 2 sudu besar marjerin atau mentega
- 100 ml susu segar
- 60 ml air suam(saya tambah water roux 2 sb dan kurangkan sedikit air
Untuk Gliss
- baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)
Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
- Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
- Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
- Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
- Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.
WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air
50gm tepung gandum
250ml air
- Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
- Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
- Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan