Isnin, 26 Disember 2011

Bubur Sum Sum

Salam sayang salam ukhuwwah....
Hari ni 26 Dis..hari bersejarah rupanya bagi jiranku, Nor Abidah Karudin dan Us. Marzuqi. Hari ni hari ulangtahun perkahwinan yang ke-12.Tahniah buat pasangan berbahagia ini, lebih meriah lagi perkongsian hidup 12 tahun telah dikurniakan 4 orang cahayamata yang cumil2 belaka..terutamanya puteri bongsu Auni Balqis..semoga kebahagiaan berpanjangan..amin.

Hari ni Mama nak share satu jenis kuih orang jawa iaitu bubur sum sum. Kuih ni ada sedikit persamaan dengan kuih lompat tikam ..cuma beza pada warna aje..Bubur sum sum warna putih semata2, sementara lompat tikam berwarna putih dan hijau..dan adunan hijaunya tidak bersantan.Waktu dulu2 zaman kanak2 ini adalah kuih yang tak masuk pun list kegemaran Mama..cam pelik je bila makan bubur lemak2 masin dengan kuah manis..tapi tiba2 lepas dah jadi ibu ni jadi peminat setialah pulak..anak2 pun sangat suka kuih ni..tapi di Jordan ni takde bekalan gula merah..so Mama buat kuah guna gula hangus campur dengan sedikit dibs, iaitu madu kurma...rasanya boleh tahan juga...tiada gading tanduk bertuah pun berguna juga....

Masa Mama buat hari tu, Mama masuk dalam acuan comel2 yang ditaja khas oleh acik Abidah..lepas tu gatal2 bubuh warna hijau lapis bawahnya macam kuih lompat tikam..dapatlah melawa sikit bubur sum sumnya..

Resepi Bubur Sum Sum


Bahan2:

1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)

Cara2:
  1. Campurkan semua bahan2 tadi kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan  dengan api sederhana.
  2. Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan  tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
  3. Bila dah puas hati, tutup api. Mama ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas. Biarkan 2-3 minit..sambil tu kacau baki adunan agar tidak memekat.
  4. Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.
  5. Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.
Cara buat kuah gula merah ala Jordan:
1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan dibs (madu kurma)..kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.



Kalau diikutkan, kuih ni ada sejarahnya dinamakan demikian. Biasanya dalam masyarakat Jawa, kuih ni jadi hidangan rasmi bagi mengakhiri kerja2 kenduri kahwin. Bila semua tetamu dah beransur pulang, tinggallah saudara mara dan jiran2 terdekat bergotong royong membungkus berkat (nasi, lauk pauk dan kuih muih) untuk di bawa pulang sambil2 mengemaskan segala pinggan mangkuk periuk belanga. Sekumpulan penanggah yang lain akan bertugas menggodek bubur sum2. Bila masak, bubur ni akan dihidangkan panas2 pada semua penanggah yang ada...jadi sesudah tuan rumah buat ucapan penutup diikuti dengan doa selamat, para penanggah pun menikmati bubur sum sum masing2...agar segala kepenatan dan keletihan akan hilang dan diganti dengan kesegaran yang meresap ke tulang sum sum..gitulah hikayatnya lebih kurang..tapi jangan jadi khurafat sudahla..sebab logik sainsnya, gula kan memang memberi tenaga...itulah sebenarnya rahsia di sebalik kisah ni.

Selamat bersum sum..!

1 ulasan:

  1. Wah, sedap dan cantik nampaknya bubur sum-sum K.Aizah ni. Boleh try ni.

    BalasPadam