Rabu, 30 November 2011

Donut Coklat Pelangi


Rasa sejuk kian mencengkam tulang di Irbid sekarang ini. Pakai baju dah 4 lapis pun masih rasa terketar2, apatah lagi ketika duduk menghadap komputer. Kaki kesejukan membawa ke seluruh tubuh. Masa2 begini, sedap meringkuk di bawah selimut tebal je..pastu tak lama terlelaplah mata. Tapi kalau diikutkan mata, memang banyak kerja yang tergendala..sebab tu perlu juga mujahadah melawan sejuk dan kantuk..kalau tidak, alamat kelaparanlah anak2 Mama balik dari madrasah..maklum sajelah, bila kesejukan, perut pun cepat terasa lapar, buka pintu saja sudah ribut bertanya masak apa hari ini..walaupun penat di dapur, Mama rasa puas melihat anak2 Mama dan Babanya selera menghadap hidangan, terasa meriahnya saat2 berkumpul begini..terfikir Mama bila anak2  dah besar2 semua, sudah ada kehidupan sendiri..pasti rumah kita akan sunyi dan tinggallah Mama dan Baba, berdua di meja makan.. itupun kalau ditakdirkan panjang umur. Pasti ketika itu Mama dan Baba akan merindui keriuhan anak2, tangis tawa dan  gurau senda yang tak pernah lekang di rumah ini, kecuali bila kalian semua sudah tidur..

Semalam petang,  beria2 Nisreen minta Mama buat kuih donut coklat. Mentang2lah baru beli coklat bar dari Safeway beberapa hari lepas, tak sabar2 dia nak merasa keenakan donut coklat yang sering juga Mama buat ketika di Malaysia dulu. Punyalah Mama malas nak menguli, ditambah pula sejuk2 begini takut donut tak naik. Tapi bersungguhnya si Nisreen sampai sanggup dia nak uli sendiri tepung tu. Tengok pada tubuh kurus sekeping Nisreen tu macam tak larat je nak uli, tapi tak apa..belum cuba belum tahu..So Mama describe jelah resepi donat. Lalu mengulilah anak Mama ni dengan penuh perasan..bila Mama check hasilnya, wah! Boleh tahan juga..nampak mesra je adunan. Mama pun tinggalkan adunan dengan niat nak bangun awal esok pagi untuk bentukkan donat.

Alhamdulillah, Allah kejutkan Mama awal pagi..Subuh ada sejam lagi. Mama pun pasang sobah dan mula menggentel donat.Sempatlah donat tu naik lagi sementara Mama solat Subuh. Dan sempatlah anak2 Mama bersarapan donat coklat pagi tadi..tabur pulak manik urai warna2. Tapi tak puas hati sikitlah dengan cooking coklat, agak keras dan kurang meleleh..tak macam coklat di Malaysia. Nak buat macamana, ahsan min balash..habis juga dinikmati kami sekeluarga..

Mama perturunkan disini resepinya..

Resepi Donut Coklat Pelangi



Bahan A:
300 ml air suam
3 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula
1 sudu makan yis
( bancuhkan bahan A dan biarkan naik sebentar)

Bahan B:
4 cawan tepung gandum
3 sudu margerin
( ramas2kan tepung dan margerin sehingga rata dan mesra)

Cara2:
  1. Apabila bancuhan A dah naik sedikit, tuangkan ke dalam tepung dalam bekas  yang cukup besar untuk memudahkan menguli.
  2. Gaulkan dengan senduk dahulu. Bila dah bercampur, barulah mula menguli dengan tangan.
  3. Uli adunan sehingga betul2 mesra dan licin permukaannya. Biarkan naik 2x ganda.
  4. Potong adunan kepada bulatan kecil2 dan bentukkan menjadi gegelang.
  5. Biarkan naik dalam 15 minit, kemudian goreng dengan minyak banyak till masak.

  6. Angkat dan biar sejuk sedikit sebelum dicelupkan ke dalam coklat yang telah cair. Taburkan coklat rice dan manik gula berwarna2 di atasnya. Sedia untuk dimakan.





















Isnin, 28 November 2011

Puding Jagung Ros Mekar

Salah satu hobi Mama sejak sebelum kahwin ialah memasak. Rasa enjoy bila dapat cuba resepi2 baru dan bagi orang makan. Kebetulan anak2 pula suka makan, nak2 tengah cuaca sejuk bangat sekarang ni. Shita' tahun ni memang sangat terasa dinginnya, sampai ke tulang sum2. Harap2 tidak kena penyakit rheumatisme.

Lebih seksa lagi bila sakhonah (pemanas air) di rumah ni rosak sejak 4 hari lalu.Aduss, sangat sejuk bila sentuh air..macam ais. Insaf seketika mengenangkan keperitan yang dilalui orang2 terdahulu, hidup tanpa heater mahupun boiler, rumah mereka pula biasanya ala kadar..angin masuk sana2. Sebab kesukaran itulah penempatan ini dipanggil Syam..berasal dari kalimah Sha'am yang bermaksud dukacita dan sengsara.

Untuk entri kali ini, Mama ingin berkongsi resepi mudah dan sedap iaitu Puding Jagung Ros Mekar..puding ni Mama buat semalam bersama anak2..selain suka makan puding jagung, mereka tak sabar nak guna silicon mould corak bunga ros yang dibeli 2 hari lepas di Mukhtar Stores, Irbid.

                                         Resepi Puding Jagung


Bahan2:

1 cawan tepung kastad
3 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan jagung krim
1 st garam

Caranya:
  1.  Campurkan semua bahan dalam periuk. Kacau rata, pastikan tidak ada tepung yang berketul di dasar periuk.
  2. Masakkan atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga likat dan mendidih.
  3. Apabila mendidih, kacau lagi dalam 10 minit supaya puding betul2 masak. Setelah itu tutup api dan tuangkan puding dalam acuan yang diminati.
  4. Bila dah sejuk, keluarkan dan sedia untuk dimakan.

Mudahkan? Resepi ni Mama reka2 sendiri..masa tu kena posting kat Sabah, baru kahwin pulak tu..so pandai2lah menggodek guna formula try and error..Selamat mencuba..!


Ahad, 27 November 2011

Dengan Lafaz Bismillah Mama Sebagai Blogger

AlhamdulilLah, dalam kesejukan mencecah 4 darjah celcius Mama mula membuka bicara melalui blog baru ini. Bagai budak baru mengenal alifbata, terkebil-kebil mata Mama meneliti setiap arahan yang tertera.


dari kiri Nuha Balqees, Khaulah Azwar, Amjad Anas Ubaidillah, Nisreen Humaira' dan Iman Syaima'


Sebenarnya dah lama Mama teringin nak berblog, nak menggilap semula minat menulis yang berputik sejak di tingkatan 2 dahulu..namun niat tu terpendam begitu sahaja dengan kesibukan dan tanggungjawab seharian.Hanya setelah Mama menamatkan pengajian MA pada fasal saifi lepas, terasa macam ada senggang waktu yang boleh dimanfaatkan..lalu awal Muharram 1433H ni Mama bertekad memulakan langkah sebagai blogger. Walaupun terkial-kial pada permulaan ini, Mama yakin semua perkara boleh dipelajari jika kita bersungguh-sungguh.

Mengapa Seindah Mawaddah?

Sejak berkahwin dengan Baba, Mama memang teruja dengan kalimah 'Mawaddah'. Perkataan Arab yang bermaksud cinta dan kasih sayang. Mama namakan rumah di Malaysia sebagai 'Teratak Mawaddah'. Bila berhijrah ke Jordan tiga tahun lepas untuk menyambung  pengajian pun, Mama masih bawa nama itu dan menamakan rumah kita dengan 'Bait Mawaddah'..lalu blog inipun masih Mawaddah..cinta ke mana sahaja dan sampai bila-bila. Mungkin itu harapan dan doa Mama, sebagai isteri, sebagai ibu dan sebagai guru..agar kasih sayang itu mekar selamanya. Kasih sayang yang bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, dan nurnya memancar menerangi seluruh kehidupan..Seindah Mawaddah..

Luruskan Niat..

Setiap amalan itu bergantung kepada niat....jadi Mama kenalah perbetulkan niat terlebih dahulu sebelum memulakan blog ini. Semoga dengan niat mengharapkan keredhaan Allah, segala masa, tenaga dan buah fikiran yang Mama nukilkan di sini dihisab sebagai amalan soleh, dan bukan sia-sia atau mengundang dosa tanpa sedar. Mama terfikir juga..alangkah rugi jika perjalanan hidup di Jordan ini yang masih berbaki lebih kurang tujuh bulan sebelum Baba menamatkan Phd nya, berlalu begitu sahaja..sedangkan setiap hari ada sahaja cerita2 menarik dan peristiwa2 penting yang perlu diabadikan. Sesungguhnya fasa hidup yang berlangsung selama 3 tahun setengah di sini memberi kenangan yang cukup manis dan berharga buat Mama sekeluarga.  Mudah-mudahan coretan dan titipan yang Mama tinggalkan di sini boleh dijadikan panduan dan inspirasi kepada orang lain, sekurang2nya buat putera puteri Mama yang tersayang, sama ada perkongsian ilmu, atau pengalaman juga resepi2 masakan mudah. Biarlah ia menjadi amal jariah selepas Mama pergi nanti...

Semoga pada tahun baru kali ini kita mampu berubah untuk menjadi lebih baik, dan meningkatkan amalan2 soleh sebagai bekalan menuju hari yang pasti..!